Carian

Thursday, October 13, 2016

PENYEDIAAN TAKWIM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK TAHUN 2017

Dengan hormatnya perkara yang tersebut di atas dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah dalam proses merangka Takwim Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Tahun 2017.
 
Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan sesalinan lampiran seperti yang tersebut di bawah untuk makluman dan tindakan pihak tuan :



Lampiran A ( Format Cadangan Siri Mesyuarat Jabatan 2017 )
Lampiran B ( Format Cadangan Mesyuarat / Aktiviti Lain 2017)
Oleh yang demikian, lampiran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikembalikan kepada Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah secara serahan terus dan melalui emel hndswk.moe@1govuc.gov.my / hnd.sps@gmail.com sebelum atau pada 31 Oktober 2016 (Isnin).
 
Kerjasama pihak tuan dipohon untuk memanjangkan perkara ini kepada semua unit yang berada di bawah seliaan tuan untuk tindakan selanjutnya.
 
Pegawai meja yang bertanggungjawab bagi perkara yang tersebut di atas adalah Encik Mohd Sophian bin Mohd Ali Yakop (082-473717).

1 comment: